Semoga Blog ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar SKHMC...Selamat menjalani UPSR, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang

Sunday, January 24, 2010

Peribahasa-1

Sariza berasa sangat gelisah ________________ sementara menanti keputusan pertandingan memasak diumumkan.

A seperti makan di luar, berak di dalam
B seperti embun di hujung rumput
C seperti duduk dalam duri
D seperti Belanda minta tanah

Info
A seperti makan di luar, berak di dalam
orang yang mengkhianati tempat mendapat perlindungan.

B seperti embun di hujung rumput
1) kasih sayang yang lekas hilang.
2) kasih sayang yang sekejap sahaja.
3) kasih sayang yang tidak kekal.
4) tidak kekal lama-kelamaan akan hilang juga.

C seperti duduk dalam duri
orang yang sangat gelisah.

D seperti Belanda minta tanah
1) diberi sedikit hendak banyak dan diberi banyak hendak semuanya.
2) orang tamak.
3) orang yang apabila diluluskan sedikit sahaja kehendaknya nescaya ia membuat helah untuk memperolehi semua apa yang dikehendakinya.

Jawapan C
Sariza berasa sangat gelisah seperti duduk dalam duri sementara menanti keputusan pertandingan memasak diumumkan.

No comments: