Semoga Blog ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar SKHMC...Selamat menjalani UPSR, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang

Wednesday, February 2, 2011

Kata Hampir Sama Makna


Kata hampir sama makna ialah perkataan yang mempunyai makna hampir-hampir sama.

Basi = untuk makanan yang sudah tidak sedap lagi kerana sudah cemar
Contoh ayat
Kari kambing yang dimasak semalam sudah basi

Busuk = buruk atau rosak (buah dan sebagainya) dan mnegluarkan bau yang tidak sedap.
Contoh ayat
Buah epal itu sudah busuk

Hangit = makanan yang dimasak terlalu lama hingga hampir hangus
Nasi yang ditanak oleh adik sudah hangit dan tidak boleh dimakan lagi.

Tengik = berbau dan terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)
Minyak kelapa di dalam botol itu sudah berbau tengik.

Haring = berbau seperti air kencing
Seluar adik berbau haring kerana semalaman dipakai.

Hancing = berbau seperti air kencing
Seluar adik bongsu berbau hancing.

Hangus = terbakar keseluruhannya
Kebakaran besar itu menyebabkan keseluruhan kilang hangus terbakar.

Hamis = bau kambing
Kambing di ladang itu berbau hamis.

Hanyir = bau darah
Tangan penjual ikan itu berbau hanyir setelah menyiang ikan

Rentung = sehingga sukar dikenali
Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori minyak yang tersepit terbakar sehingga rentung.