Semoga Blog ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar SKHMC...Selamat menjalani UPSR, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang

Saturday, October 24, 2009

Bahagian B1

CERITA

Kamu mempunyai seekor haiwan peliharaan. Tulis sebuah cerita berdasarkan haiwan peliharaan kamu itu

Perenggan 1

Haiwan tidak berbahaya – dipelihara.

Contoh – kucing, ikan, burung dan ayam.

Memelihara kucing-Bobo

Perenggan 2

Berwarna – putih kehitaman

Diberi – bapa saudara

Menanti – di pintu – pulang

Perenggan 3

Kucing – manja

Menggesel-geselkan kaki

Makan – nasi – ikan rebus

Perenggan 4

Seminggu sekali – mandikan Bobo

Lap tubuhnya – kering

Halakan kipas – tubuh

Perenggan 5

Bawa – bersiar-siar – pagi

Memuji – kecantikan

Mahu tahu – pengalaman

Perenggan 6

Tidak bermaya – sakit

Klinik haiwan – rawatan

Merapatkan hubungan – sekeluarga


Contoh Jawapan


Banyak haiwan yang tidak berbahaya boleh dipelihara. Haiwanhaiwan tersebut seperti kucing, ikan, burung dan ayam. Saya memlihara seekor kucing Siam yang bernama “Bobo”.


Bobo berwarna putih kehitaman. Bobo diberi oleh bapa saudara saya. Bobo selalu menanti kepulangan saya dari sekolah.


Kucing ini sangat manja. Bobo sering menggeselkan badannya ke kaki saya. Bobo makan nasi dengan ikan rebus.


Seminggu sekali saya mandikan Bobo. Saya lap tubuhnya sehingga kering. Saya halakan kipas ke tubuhnya.


Bobo dibawa bersiar-siar pada waktu pagi. Ramai yang memuji kecantikannya. Mereka mahu tahu pengalaman saya bersama Bobo.


Pada suatu hari, Bobo tidak bermaya kerana sakit. Bobo dibawa ke klinik untuk rawatan. Bobo merapatkan hubungan kami sekeluarga.

No comments: