Semoga Blog ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar SKHMC...Selamat menjalani UPSR, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang

Wednesday, September 1, 2010

Penulisan_Cerita Faizal (Berakhir dengan perenggan berikut)

Tulis suatu cerita yang berakhir dengan perenggan yang berikut:


Faizal berjanji tidak akan mengingkari kata-kata ibunya lagi. Dia akan mengubah sikapnya dan menjadi anak yang baik. Kejadian yang telah menimpa dirinya benar-benar menginsafkan.

P1 Faizal budak nakal – mengganggu orang lain – sering didenda
P2 Puas nasihat – tetap berdegil – tidak mengendahkan
P3 Mandi sungai – ibu melarang – musim hujan
P4 Bersama-sama kawan – arus sungai deras – dihanyutkan
P5 Tersedar berada di hospital – rakan meninggal – bersyukur selamat
P6 Salin petikan di atas

     Faizal merupakan seorang budak yang nakal. Dia suka mengganggu orang lain. Faizal sering didenda oleh guru dan ibu bapanya.

     Ibu bapanya puas memberi nasihat. Dia tetap berdegil. Faizal tidak mengendahkan segala nasihat.

     Pada suatu hari, Faizal mandi sungai. Ibunya telah melarang Faizal mandi sungai kerana bahaya. Tambahan pula, musim hujan.

     Faizal bersama-sama kawan-kawannya mandi sungai. Tiba-tiba arus sungai menjadi deras. Mereka semua dihanyutkan.

     Faizal tersedar berada di hospital. Salah seorang rakannya meninggal dunia. Dia berasa bersyukur kerana terselamat.

     Faizal berjanji tidak akan mengingkari kata-kata ibunya lagi. Dia akan mengubah sikapnya dan menjadi anak yang baik. Kejadian yang telah menimpa dirinya benar-benar menginsafkan.

No comments: